Capcom ketika Resident Evil Showcase telah berkongsi treler baharu untuk permainan seterusnya dalam siri tersebut iaitu Resident Evil Village. Di dalam treler tersebut, mereka akhirnya berkongsi tarikh pelancaran untuknya iaitu pada 7 Mei 2021.

Ia disahkan akan tiba untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Mereka sebelum ini sekadar mengatakan yang ia mungkin tiba untuk konsol generasi lepas, tetapi pembangunan memfokuskan kepada konsol generasi baharu dan PC.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Berdasarkan treler tersebut juga, kita boleh tahu serba sedikit mengenai plot di dalam permainan ini. Ethan Winters tampaknya telah ditangkap oleh seorang yang bernama Heisenberg tetapi telah berjaya melarikan diri. Dia kemudiannya memasuki rumah agam seorang wanita “gergasi” yang telah diarah oleh seorang misteri bernama Miranda untuk menangkap Ethan.

Jika anda mempunyai PS5, Capcom juga telah melancarkan satu demo percuma iaitu Maiden, namun anda tidak akan bermain sebagai Ethan sebaliknya satu watak sampingan tetapi masih berlaku di dalam dunia Resident Evil Village. Anda boleh memuat turunnya bermula hari ini melalui pautan ini.

Selain itu, Capcom juga mengumumkan mod multi-pemain yang akan hadir bersama dengan Resident Evil Village iaitu Resident Re:Verse. Ia adalah seperti Resident Evil Resistance yang dikeluarkan bersama Resident Evil 3 akan tetapi menyertakan mod permainan berlainan iaitu Deathmatch. Sebagai satu permainan Resident Evil, tampaknya apabila pemain terbunuh, mereka akan bertukar menjadi zombi dan berpeluang untuk bertempur lagi.

Anda boleh tonton video untuknya di bawah.

Resident Evil Village akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC pada 7 Mei 2021.

Sohor Kini