Epic Games mengumumkan yang kostum seterusnya yang akan tiba untuk pemilik Battle Pass adalah Predator iaitu pemburu dari siri berjudul sama. Seperti biasa, pemain akan mendapat kostum dengan terus meningkatkan tahap untuk Battle Pass, dan barangan selebihnya boleh didapati dengan menyelesaikan misi khusus.

Predator meneruskan lagi watak-watak “pemburu” yang menjadi tema untuk musim kali ini. Sebelum ini kostum-kostum yang tiba adalah seperti The Mandalorian, Kratos, Master Chief, Daryl Dixon dan Michonne.

Fortnite sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch, PC, dan Android.

Sohor Kini