Bloober Team minggu ini telah berkongsi satu treler baharu untuk permainan mereka The Medium, di mana ia memfokuskan apa yang boleh dilakukan oleh “Medium” di dalam permainan ini. Anda boleh tonton video tersebut di bawah.
Selain itu, mereka juga telah berkongsi spesifikasi PC untuk permainan tersebut, di mana mereka telah memperlihatkan pelbagai tetapan termasuk juga untuk menyertakan Ray-Tracing.
Berikut adalah spesifikasi untuk minima, dicadangkan dan juga dicadangkan untuk ray tracing;
Tetapan Minima / Low – 1080p 30FPS:
Tetapan Dicadangkan / Medium – 1080p 30FPS
Tetapan Dicadangkan RT / High – 1440P/30FPS
The Medium akan dikeluarkan untuk Xbox Series X dan PC melalui Steam dan Microsoft Store pada 28 Januari 2021, ia juga akan ditawarkan melalui Xbox Game Pass pada hari pelancaran.