Nvidia Shield TV merupakan konsol-mikro dan juga pemain kandungan media yang dikeluarkan oleh Nvidia menggunakan sistem operasi Android TV. Ia diiklankan sebagai peranti yang boleh memainkan permainan-permainan android dengan pengalaman konsol dan juga peranti untuk strim permainan PC secara setempat ataupun melalui perkhidmatan Geforce Now.

Minggu ini, Nvidia telah mengumumkan yang Shield TV telah menerima sokongan secara rasmi untuk alat kawalan PS5 iaitu DualSense dan juga alat kawalan Xbox Series. Selain sokongan alat kawalan, ia juga menyertakan sokongan untuk Control4.

Nvidia Shield TV tidak diatawarkan secara rasmi di Malaysia akan tetapi ia boleh dibeli daripada kedai barangan teknologi dengan harga bermula RM699.

Sohor Kini