Skip to main content

Guerrilla telah melancarkan kemaskini 1.10 untuk Horizon Zero Dawn di PC, kemaskini tersebut adalah untuk menyelesaikan pelbagai masalah termasuk juga crash yang berlaku. Ia juga mempertingkatkan prestasi keseluruhan permainan, anda boleh baca nota tampalan penuh di pautan ini.

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang Horizon Zero Dawn untuk PC akan jarang menerima kemaskini selepas ini, ia adalah kerana mereka ingin memfokuskan kesemua tenaga kerja untuk membangunkan permainan susulan Horizon Forbidden West.

Horizon Forbidden West dijangka akan tiba pada pertengahan kedua tahun 2021 untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5.

Leave a Reply