PUBG Mobile Esports telah mengumumkan yang tiga pemain untuk kejohanan PUBG Mobile Global Championship didapati positif Covid-19, ujian untuknya dilakukan sebelum kejohanan bermula. Oleh kerana perkembangan terbaru ini, kejohanan telah dipindahkan daripada berlangsung di Coca Cola Arena, kepada setiap pemain yang bermain secara berasingan secara dalam talian.

Satu-satunya pasukan Malaysia yang layak ke PUBG Mobile Global Championship iaitu Team Secret dilaporkan dalam keadaan baik dan tiga pemain yang positif tersebut bukanlah daripada pasukan mereka. Kejohanan akan bermula secara rasmi hari ini.

Ini merupakan kes Covid seterusnya melibatkan pemain di kejohanan esukan, sebelum ini kami melaporkan yang tiga pemain dari Brazil untuk M2 World Championship iaitu DreamMax turut didapati positif covid-19.

Pasukan DreamMax terus bermain tanpa tiga pemain tersebut tetapi mereka telah ditewaskan oleh pasukan Malaysia, Todak dan gagal untuk layak ke pusingan playoff. Perlawanan seterusnya untuk Todak pula adalah menentang pasukan tuan rumah iaitu Evos SG esok.

Sumber: WTM Today

Sohor Kini