THQ Nordic dan Feld Entertainment telah mengumumkan yang Monster Jam Steel Titans 2 akan dikeluarkan pada 2 Mac 2021 untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch, Stadia dan PC. Ia adalah permainan susulan kepada permainan pertama yang dikeluarkan pada tahun 2019.

Melalui permainan baharu ini mereka menyertakan pelbagai penambahan antaranya mod multi-pemain dalam talian, pilihan truk yang lebih banyak dan juga lima dunia baharu. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Buat masa ini sesi pra-tempah hanya dibuka untuk PS4 dan Xbox One di mana pemain yang pra-tempah akan mendapat truk Inverse Higher Education. Manakala untuk edisi Power Out pemain boleh bermain sehari lebih awal sebelum pelancaran.

Sohor Kini