Ubisoft hari ini mengumumkan yang The Crew 2 Musim 1 Episod 2 akan bermula esok melalui satu kemaskini untuk setiap platform. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.
Bersama dengan Episod 2 ini mereka akan menyertakan acara yang membawa pemain ke perlumbaan off-road iaitu Rally Raid dan juga Rally Cross Chase, ia juga menyertakan pelbagai acara PvE yang akan dari semasa ke semasa.
Ia juga akan hadir dengan Motorpass baharu yang akan memberikan pelbagai ganjaran secara percuma ataupun premium. Antara ganjaran yang disertakan adalah kereta K.S. Masked Leader (Hypercar), Khyzyl Saleem creation, RAM 1500 Rebel TRX Concept Enforcer Edition (Rally Raid), Chevrolet Camaro Z/28 RS Enforcer Edition (Rally Cross), dan Mitsubishi 3000GT VR4 Interception Unit (Street Race). Barangan kosmestik juga akan disertakan.
Akhir sekali mereka juga akan menawarkan ord F-150 SVT Raptor 0210 Enforcer Edition (Rally Raid) untuk dibeli bersama dengan pelbagai barangan hiasan dan juga kejohanan LIVE Summit yang baharu.
The Crew 2 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.