Skip to main content

Two Point Studios dan Sega telah mengumumkan yang dua penambahan iaitu Close Encounters dan Off the Grid akhirnya akan dikeluarkan untuk konsol pada 5 Mac 2021. Kedua-dua penambahan tersebut telah-pun dikeluarkan untuk PC pada tahun 2019 dan tahun lepas.

Selain itu, khusus untuk anda yang masih tidak memiliki permainan Two Point Hospital, mereka juga mengumumkan Edisi Jumbo yang akan menyertakan permainan asas bersama dengan kesemua DLC, termasuk dua yang baru tiba ini. Anda boleh lihat jadual di bawah untuk melihat apa yang disertakan bersama dengan edisi Jumbo.

Selain itu mereka juga akan menyertakan kemaskini percuma iaitu Room Templates, memudahkan pemain untuk memudahkan penghasilan bilik dan juga REMIX 1&2.

Two Point Hospital: Edisi Jumbo dan juga kemaskini percuma tersebut akan tiba 5 Mac ini bersama dengan dua penambahan baharu. Ia akan ditawarkan dengan harga $39.99. Bagi anda yang sudah memiliki permainan asas, naik taraf akan ditawarkan tetapi harga masih tidak diumumkan.

Two Point Hospital sudah-pun dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Two Point Hospital – Permainan Simulasi Hospital Yang Menyeronokkan.

Leave a Reply