Fortnite sebelum ini telah hadir dengan kostum berdasarkan pasukan National Football League (NFL) dan kini mereka telah mengumumkan yang akan menyertakan kostum berdasarkan kelab bola sepak, bersama dengannya Pele Cup juga diumumkan.

Bermula 23 Januari, pemain boleh mendapatkan 10 pilihan berbeza untuk kostum bagi watak lelaki atau perempuan dan setiap kostum tersebut boleh ditukar kepada 23 kelab bola sepak iaitu;

  • Manchester City FC
  • Juventus
  • AC Milan
  • Inter Milan
  • AS Roma
  • Seattle Sounders FC
  • Atlanta United 
  • Los Angeles FC
  • Santos FC
  • Wolves
  • West Ham United FC
  • Sevilla FC
  • Sporting CP
  • Borussia Mönchengladbach
  • FC Schalke 04
  • VFL Wolfsburg
  • Rangers FC
  • Celtic FC
  • Cerezo Osaka
  • Melbourne City FC
  • Sydney FC
  • Western Sydney Wanderers
  • EC Bahia

Selain daripada itu, mereka juga mengumumkan emote “Pele’s Air Punch” iaitu emote berdasarkan cara Pele meraikan selepas menjaringkan gol. Mereka menyertakan satu video untuknya yang boleh ditonton di bawah.

Pada 20 Januari, Fortnite juga akan menganjurkan Pele Cup di mana pemain yang menyertainya berpeluang untuk memenangi emote Air Punch dan set Kickoff secara percuma. Pemain yang mendapat markah tertinggi juga akan memenangi Tshirt yang ditanda-tangan oleh Pele sendiri.

Fortnite sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch, PC dan Android.

Sohor Kini