Mihoyo telah berkongsi “Developers Discussion” di mana mereka menjawab beberapa persoalan dan juga cadangan daripada pemain. Antara yang diperkatakan adalah mengenai fungsi pra-muat, sokongan alat kawalan dan juga penambahan Resin.

Bagi sokongan pra-muat untuk peranti pintar, mereka mengumumkan yang bermula versi 1.3 yang akan tiba secara rasmi pada 3 Februari ini. Apabila ia disertakan nanti, pemain boleh mengakses-nya melalui tetapan di dalam permainan iaitu ‘Other > Pre-Install Resource Package’. Ini akan membantu untuk pemain terus bermain kemaskini baharu apabila ia dilancarkan secara rasmi.

Seterusnya, Mihoyo juga mengumumkan yang pemain di peranti yang menggunakan iOS14 ataupun terbaru boleh menggunakan alat kawalan yang disokong secara rasmi oleh sistem operasi tersebut. Antaranya adalah alat kawalan Xbox dan DualShock 4. Buat masa ini mereka tidak mengesahkan jika ia turut tiba untuk Android.

Menjawab permintaan ramai pemain iaitu mereka inginkan lebih banyak Original Resin, Mihoyo mengatakan yang bermula versi 1.3 kesemua acara yang tidak memerlukan Ley Line Outcropts atau Domains tidak akan menggunakan Original Resin. Battle Pass juga akan memberikan lebih banyak Fragile Resin iaitu x1 setiap 10 tahap.

Mereka juga mengumumkan yang material boleh ditukar dan akan disertakan id dalam versi 1.3 kelak. Maklumat lanjut mengenainya akan diumumkan kemudian.

Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PC, iOS dan Android. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Mini – Genshin Impact.

Sohor Kini