Skip to main content

Auto Chess boleh dikatakan sebagai permainan terawal yang mempopularkan genre ‘autobattler’, di mana selepas populariti permainan tersebut, Riot Games sendiri hadir dengan Teamfight Tactics, Valve hadir dengan Dota Underlords manakala Blizzard pula menyertakannya di dalam permainan Hearthstone.

Namun, bagi yang mengikuti sejarah mengenai Auto Chess, ia pada awalnya hadir sebagai mod untuk permainan MOBA Dota 2 sebelum Drodo Studio mengeluarkan permainan kendiri untuknya. Kini, bagaikan melengkapkan satu kitaran, Drodo Studio mengumumkan yang mereka akan hadir dengan permainan MOBA tersendiri yang akan menggunakan watak-watak daripada Auto Chess.

Berdasarkan perkongsian awal, permainan MOBA ini akan memberikan kesemua wira secara percuma, tiada runes yang berbayar, sistem siang dan malam dan juga barangan yang boleh dipecahkan. Buat masa ini masih tiada pengumuman mengenai bila ia akan dilancarkan.

Leave a Reply