Microsoft hari ini telah mengumumkan senarai permainan yang akan tiba untuk Xbox Game Pass pada akhir bulan Januari. Antara permainan utama adalah The Medium iaitu permainan baharu oleh Blooper Team yang terus disertakan melalui Xbox Game Pass, koleksi Yakuza Remastered dan seperti diumumkan sebelum ini Control untuk PC.

Berikut adalah senarai permainan yang akan disertakan di dalam Xbox Game Pass pada akhir bulan Januari;

  • Control (PC) – 21 Januari
  • Desperados III (Xbox, xCloud, PC) – 21 Januari
  • Donut County (Xbox, xCloud, PC) – 21 Januari
  • Outer Wilds (xCloud) – 21 Januari
  • Cyber Shadow (Xbox, xCloud, PC) – 26 Januari
  • The Medium (Xbox Series, PC) – 28 Januari
  • Yakuza 3 Remastered (Xbox, xCloud, PC) – 28 Januari
  • Yakuza 4 Remastered (Xbox, xCloud, PC) – 28 Januari
  • Yakuza 5 Remastered (Xbox, xCloud, PC) – 28 Januari

Seperti biasa, mereka juga mengumumkan senarai permainan yang akan meninggalkan Xbox Game Pass pada 29 Januari, ia adalah;

  • Death Squared
  • Death’s Gambit
  • Final Fantasy XV
  • Fishing Sim World: Pro Tour
  • Gris
  • Indivisible
  • Reigns: Game of Thrones
  • Sea Salt

Permainan-permainan tersebut ditawarkan dengan harga 20% jika anda ingin mendapatnya secara penuh.

Bagi anda yang ingin mengetahui lanjut, ataupun ingin mengetahui cara untuk melanggan Xbox Games Pass for PC anda boleh membacanya di artikel – 5 Tip Penggunaan Xbox Game Pass for PC.

Sohor Kini