Kemaskini: Demo untuk Balan Wonderworld kini dilancarkan untuk semua platform. Selain itu, Square Enix juga telah berkongsi treler baharu untuknya.


Square Enix telah mengumumkan yang permainan aksi platformer oleh Balan Company iaitu Balan Wonderworld akan menerima demo secara percuma pada 28 Januari 2021 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC.

Demo ini boleh dimainkan secara solo ataupun koperasi 2 pemain secara setempat di mana mereka akan menyertakan tiga dunia daripada 12 dunia yang hadir iaitu World 1 – The Man Who Rages Against the Storm, World 4 – The Boy Who Would be One with the Wind dan World 6 – The Girl and the Kitten.

Balan Wonderworld akan dikeluarkan pada 26 Mac 2021 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC.

Sohor Kini