THQ Nordic hari ini mengumumkan yang Kingdoms of Amalur: Re-Reckoning akan dikeluarkan untuk konsol Nintendo Switch pada 16 Mac 2021. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.
Permainan ini akan tiba bersama dengan tiga DLC iaitu The Teeth of Naros, Legend of Dead Kel dan berkas Weapons and Armor. Mereka juga mengesahkan yang penambahan baharu Fatesworn akan tiba sekitar tahun ini.
Kingdoms of Amalur: Re-Reckoning sebelum ini sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.