Krafton iaitu syarikat induk kepada PUBG Corp bersedia untuk melakukan penawaran awam (IPO) di Korea Selaton dan Bloomberg telah mengeluarkan satu laporan mengenainya. Namun, perkara yang menarik perhatian kami adalah mengenai perancangan mereka untuk mengeluarkan permainan lain berdasarkan PUBG.

Di bahagian akhir laporan tersebut, Krafton dan PUBG Corp bercadang untuk mengeluarkan satu permainan mudah alih battle royale baharu pada tahun ini dan ia adalah berdasarkan PUBG. Selain itu, mereka juga akan mengeluarkannya untuk PC dan konsol pada tahun 2022. Mereka juga mengumumkan permainan ketahanan hidup seram akan turut dikeluarkan pada tahun 2022.

Buat masa ini tidak disahkan yang dimaksudkan mereka adalah PUBG 2 ataupun satu permainan lain tetapi mempunyai kaitan dengan PUBG. Manakala bagi permainan ketahanan hidup seram, ia dikatakan berlaku di dalam dunia PUBG tetapi 3 abad kemudian.

Sohor Kini