EA dan Respwan Entertainment telah berkongsi mengenai musim ke-8 bagi permainan battle royale mereka Apex Legends. Musim baharu ini akan bermula pada 8 Februari dan antaranya akan menyertakan legend baharu iaitu Fuse. Anda boleh tonton video pengenalan untuknya di bawah.

Musim ini juga akan menyertakan senjata baharu iaitu 30-30 repearter dan seperti biasa Battle Pass yang akan memberikan pelbagai barangan kosmetik terbaru. Ia juga akan memberi perubahan rekaan kepada King Canyon tetapi maklumat lanjut akan dikongsi kemudian.

Satu perkara yang menarik tetapi tidak disahkan lagi oleh EA ataupun Respawn Entertainment adalah versi Switch untuk permainan tersebut diura-urakan akan tiba apabila musim ke-8 bermula. Ia adalah selepas Switch telah disenaraikan di video “Stories from the Outlands: Good as Gold” versi Jepun. Versi Switch sudah diumumkan sejak tahun lepas lagi, tetapi ia telah ditunda dan dikatakan akan tiba pada tahun ini.

Penyenaraian tersebut telah pun dibuang, akan tetapi tidak mengejutkan jika versi Switch hadir pada bulan depan kerana permainan tersebut juga akan menyambut ulang tahun ke-2. Tiada sambutan terbaik berbanding melancarkannya untuk konsol baharu.

Apex Legends sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia boleh dimainkan secara percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini