Skip to main content

PUBG Mobile telah hadir dengan kemaskini 1.2 yang antaranya menyertakan mod yang memberikan pemain kuasa elemen seperti api, ais dan juga angin iaitu Runic Power Theme Gameplay. Ia juga menyertakan senjata baharu iaitu FAMAS assault rifle yang menggunakan peluru 5.66mm dan pengurangan recoil dan kandungan tambahan untuk acara kolaborasi bersama Metro Royale.

Bagi Runic Power Theme Gameplay pemain boleh memilih untuk memasuki mod khas di peta Erangel di mana pada permulaan permain boleh memilih daripada tiga rune yang memberikan kuasa untuk summon dan juga boost, setiap satunya boleh digunakan sekali sahaja;

  • Flame Rune – Summon: membolehkan pemain untuk menghasilkan roda api yang akan membakar lawan. Boost: Peluru akan mempunyai kuasa pembakaran.
  • Arctic Rune – Summon: membolehkan pemain untuk menghasilkan dinding ais 3×3 untuk berlindung. Boost: Peluru mempunyai kuasa pembekuan yang akan mengurangkan penyembuhan untuk pemain lawan yang terkena.
  • Wind Rune – Summon: membolehkan pemain untuk menghasilkan pelindung angin yang kesan tembakan Boost: pemain akan bergerak dengan lebih pantas dan lebih cepat mengisi peluru.

Musim baharu untuk PUBG Mobile iaitu musim ke-17 yang akan tiba bermula minggu ini juga akan turut menyertakan yang menggunakan Runic Power Theme.

PUBG Mobile sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android.

Leave a Reply