Everspace 2 Kini Tiba Secara Akses Awal Di Steam Dan GOG

Seperti diumumkan sebelum ini, Rockfish Games akhirnya melancarkan Everspace 2 secara akses awal untuk PC melalui Steam dan juga GOG. Ia merupakan permainan looter shooter di angkasa lepas di mana pemain akan mengembara, bertempur dan mendapat pelbagai ganjaran di dalam kapal angkasa.

Anda boleh tonton video pelancaran akses awal di bawah.

Bagi versi akses awal ini, permainan akan menyertakan dua sistem yang boleh diterokai dan ia akan memberikan 25 jam masa bermain. Pemain boleh melakukan pertempuran kapal angkasa, melombong, menyelesaikan tekaria dan juga meningkatkan tahap seperti permainan RPG.

Dari semasa ke semasa mereka akan menyertakan kandungan tambahan, dan menyasarkan apabila ia dilancarkan secara penuh kelak, Everspace 2 akan menyertakan 8 sistem, tahap pemain sehingga 30 dan juga lebih 30 jam kandungan penceritaan dan misi sampingan.

Everspace 2 ditawarkan dengan harga RM79 di Steam dan $39.99 di GOG, mereka menyasarkan permainan penuh akan dikeluarkan pada pertengahan pertama tahun 2022 dengan harga yang mungkin sedikit lebih mahal.

Sohor Kini