Pada 22 Januari ini Apple Arcade akan menyertakan dua permainan baharu untuk pelanggan, salah satunya adalah Nuts yang kami laporkan sebelum ini. Satu lagi adalah Spire Blast iaitu permainan tekaria padanan warna.

Spire Blast dibangunkan oleh Orbital Knight, di dalam permainan ini pemain akan memilih warna untuk ditembak ke arah menara. Ia juga menggunakan sistem fizik yang akan memberi pelbagai animasi berbeza apabila menara tumbang.

Apple Arcade merupakan perkhidmatan langganan untuk peranti Apple, ia juga ditawarkan sebagai sebahagian daripada Apple One.

Sohor Kini