Pencipta untuk siri Peaky Blinder Steven Knight mengumumkan yang siri tersebut akan berakhir selepas musim ke-6, namun penceritaan untuknya mungkin akan diteruskan melalui medium lain seperti filem ataupun siri sampingan.

Pengumuman ini agak mengejutkan kerana beliau sebelum ini mengumumkan yang siri tersebut akan menerima musim ke-7 akan tetapi selepas beberapa kali penggambaran musim ke-6 ditunda akibat pandemik Covid-19 tampaknya mereka mengambil keputusan untuk mempercepatkan pengakhiran bagi siri ini.

Buat masa ini musim ke-6 masih lagi sedang di dalam produksi dan dijangka tiba pada akhir tahun ini ataupun pada awal tahun 2022. Di Malaysia kelima-lima musim Peaky Blinders boleh ditonton melalui Netflix.

Sohor Kini