Variety telah melaporkan yang Derek Kolstad iaitu penulis untuk francais filem John Wick dan juga beberapa episod untuk siri The Falcon and the Winter Soldier sedang membangunkan satu siri berdasarkan permainan terkenal Dungeons & Dragons.

Ini juga bukan satu-satunya projek oleh Derek Kolstad yang melibatkan permainan video, beliau juga diumumkan sebelum ini akan menulis untuk filem berdasarkan siri permainan Just Cause.

Setakat ini, sudah terdapat 3 filem berdasarkan Dungeons & Dragons iaitu Dungeons & Dragons (2000), Dungeon & Dragons: Wrath of the Dragon God (2005) dan Dungeon & Dragons: The Book of Vile Darkness (2012). Ia juga pernah menerima animasi Dungeons & Dragons pada tahun 1983.

Sohor Kini