Pada bulan lepas, selepas mendapat pelbagai kritikan kerana Cyberpunk 2077 tidak boleh dimainkan dengan baik di konsol PlayStation 4 dan Xbox One, CD Projekt telah memberi pilihan kepada pemain yang ingin meminta pembayaran balik, ia adalah untuk pembelian secara fizikal dan juga digital.

Bagi pembelian secara digital, permintaan bayaran balik adalah melalui PS Store ataupun Xbox Store, Sony juga telah nyah-senarai permainan tersebut daripada PS Store. Berdasarkan beberapa perkongsian, sesetengah telah mendapat pembayaran balik daripada Sony.

Manakala bagi pembelian secara fizikal, pemain perlu menghantar emel kepada CD Projekt secara terus untuk meminta pembayaran balik. Pemain perlu membuktikan pembelian dengan menyediakan resit pembelian. Bagi cara ini, tampaknya sesetengah pemain juga telah menerima pembayaran balik.

Berdasarkan perkongsian oleh pemain yang mendapat pembayaran balik termasuk juga oleh pembaca kami sendiri, tampaknya pembayaran balik telah dilakukan akan tetapi CD Projekt tidak memberi arahan untuk pemain menghantar kembali permainan tersebut. Dengan kata lain, pemain mungkin mendapat pembayaran balik akan tetapi masih dapat memiliki permainan versi fizikal tersebut.

Buat masa ini, masih tidak pasti bila Cyberpunk 2077 akan dapat dimainkan tanpa masalah di PlayStation 4 dan Xbox One, namun CD Projekt telah mengumumkan yang kemaskini seterusnya untuk permainan tersebut akan tiba pada minggu depan dan lebih kerap selepas itu.

Sohor Kini