Tidak boleh disangkakan lagi, penawaran permainan secara eksklusif masih lagi penting untuk menarik minat pengguna untuk membeli konsol. PlayStation seperti konsol generasi lepas, mempunyai kelebihan di dalam aspek ini. Manakala Xbox pula, walaupun mereka telah mengambil-alih beberapa studio termasuk juga Bethesda akan tetapi permainan-permainan yang dibangunkan masih tidak bersedia untuk dilancarkan atau diumumkan.

Ini tidak bermakna yang mereka tidak mempunyainya, akan tetapi tidak semua permainan mempunyai profil yang tinggi. Tambahan, eksklusif untuk Xbox mungkin juga akan tiba untuk PC. Walau apapun, Xbox telah berkongsi senarai permainan yang akan tiba secara eksklusif untuk konsol di Xbox.

  • Adios (2021)
  • The Artful Escape (2021)
  • The Ascent (2021)
  • The Big Con (2021)
  • CrossfireX (2021)
  • Dead Static Drive (2021)
  • Echo Generation (2021)
  • ExoMecha (2021)
  • Exo One (2021)
  • The Gunk (2021)
  • Halo Infinite (2021)
  • The Last Stop (2021)
  • Lake (2021)
  • Little Witch in the Woods (2021)
  • The Medium (28 Januari)
  • Microsoft Flight Simulator (Suku Ketiga 2021)
  • Psychonauts (2021)
  • RPG Time (2021)
  • Sable (2021)
  • Scorn (2021)
  • She Dreams Elsewhere (2021)
  • Shredders (2021)
  • Song of Iron (2021)
  • Tunic (2021)
  • Twelve Minutes (2021)
  • Unexplored 2: The Wayfarer’s Legacy (2021)
  • Warhammer 40K: Darktide (2021)
  • Way to the Woods (2021)
  • The Wild at Heart (2021)

Sedikit mengecewakan kerana kebanyakan permainan ini tidak mempunyai tarikh pelancaran akan tetapi ia sekurang-kurangnya akan tiba pada tahun ini.

Sohor Kini