Tahun 2020 telah pun berakhir dan secara jujur-nya, ia bukanlah satu tahun yang terbaik berbanding tahun-tahun ini. Pelbagai tragedi telah berlaku pada tahun lepas, dan nampak gayanya ia serba sedikit terbawa-bawa ke tahun ini.
Jika sebelum ini, Netflix hadir dengan dokumentari parodi iaitu ‘Death to 2020’ yang mengenang kembali tahun tersebut secara jenaka, Max Garkavyy, seorang pembangun permainan pula telah hadir dengan satu permainan side-scroller iaitu ‘2020 Game’ yang membawa pemain untuk mengenang kembali tragedi-tragedi tersebut sambil mengelak daripada pelbagai halangan.
Permainan ini boleh dimainkan secara percuma menggunakan pelayar di PC ataupun di telefon pintar akan tetapi kawalan untuknya adalah lebih mudah jika dimainkan di PC. Untuk bermainnya, anda hanya perlu layari pautan ini; https://2020game.io/