Hideki Kamiya merupakan satu nama besar di dalam industri permainan video, beliau merupakan pengarah untuk siri Bayonetta dan juga pernah mengarah permainan Devil May Cry, Resident Evil 2, Okami dan The Wonderful 101. Beliau juga merupakan pengasas Platinum Games.

Namun, beliau juga merupakan seorang pemain dan melalui perkongsian di akaun Twitter, beliau telah menyenaraikan 5 perkara yang menjengkelkan mengenai konsol Switch, dan saya boleh katakan ramai akan bersetuju.

Berikut adalah perkara yang disenaraikan berdasarkan terjemahan menggunakan Twitter; bahagian Home yang serabut, tiada ‘virtual konsol’, tiada D-Pad, tidak boleh menggunakan set fon kepala bluetooth, dan menggunakan gyro bagi permainan Space Harrier dan Outrun kekurangan pergerakan.

Di dalam senarai tersebut, perkara mengenai Home dan juga sokongan set fon kepala bluetooth adalah rungutan yang saya sering keluarkan mengenai Switch. Harap-harap Nintendo akan memperbaiki masalah ini.

Sumber: Nintendo Soup

Sohor Kini