Control Tiba Untuk Xbox Game Pass for PC Minggu Ini

Microsoft hari ini telah mengumumkan yang permainan Control oleh Remedy Entertainment akan tiba untuk Xbox Game Pass for PC dalam masa 4 hari lagi iaitu pada 22 Januari ini. Ia sebelum ini sudah pun tiba untuk Xbox Game Pass tetapi terhad untuk Xbox dan xCloud.

Control adalah permainan aksi pengembaraan yang dikeluarkan pada tahun 2019 di mana kami ada mengeluarkan ulasan untuknya dan telah memilih ia sebagai antara permainan terbaik pada tahun 2019.

Control sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC dan setakat Disember lepas, ia telah terjual sebanyak 2 juta unit.

Sohor Kini