Kemaskini: Google bersama dengan IGN SEA dan MyGameOn telah mengumumkan yang Pesta Game 2021 telah ditunda ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian. Ini adalah “berikutan arahan dari pihak berkuasa berkenaan”.
Youtube bersama dengan media IGN Sea dan juga MyGameOn telah mengumumkan acara Pesta Game 2021 iaitu acara ‘Hari Sukan’ secara maya pertama di Malaysia. Ia juga disokong oleh Samsung Galaxy A51 | A71 dan KFC.
Di dalam acara ini, pemain akan dibahagikan kepada beberapa buah ‘rumah sukan’ dan akan bertempur dengan rumah-rumah lain di dalam pelbagai permainan video yang berbeza, antaranya adalah Valorant, PUBG Mobile, FIFA 21 dan Gran Turismo Sport.

Pesta Game ini akan distrim secara langsung oleh beberapa channel Youtube Malaysia bersama dengan rangkaian Media Prima seperti Drama Sangat, NTV7, TV3 dan TV9 pada 30 Januari dan 31 Januari 2021. Antara personaliti yang akan terlibat adalah Athisha Khan, Dumpling Soda, Fuzz Channel, Isaac Osman, Syedot ASMR dan Wiser My.
Acara ini juga merupakan adalah sebahagian daripada YouTube Super Stream yang akan dianjurkan oleh Youtube untuk membawa pelbagai kandungan tempatan.