Tomonobu Itagaki iaitu pembangun yang bertanggungjawab membawa siri permainan Dead or Alive dan Ninja Gaiden telah mengumumkan yang beliau menubuhkan studio baharu iaitu Itagaki Games. Perkara tersebut diumumkan melalui perkongsian beliau di Facebook.
Selepas meninggalkan Tecmo dan kemudiannya Valhalla Game Studios, Itagaki sekadar melibatkan diri di dalam pembangun permainan video sebagai penasihat dan pengajar, kini beliau mengatakan yang bersedia untuk kembali membangunkan studio.
Beliau pada tahun 2004 telah membuat kejutan apabila melancarkan Ninja Gaiden secara eksklusif untuk konsol Xbox, bukan sesuaut yang kebiasaan untuk pembangun di Jepun dan beliau mengatakan sentiasa terbuka untuk kembali bekerjasama dengan Microsoft serta Xbox melalui studio baharu ini.
Sumber: VGC