The Hollywood Reporter telah melaporkan yang episod pertama untuk siri TV The Last of Us telah menerima pengarah baharu iaitu Kantemir Balagov, siri tersebut sebelum ini sepatutnya diarah oleh Johan Renck iaitu pengarah untuk tetapi kerana masalah penjadualan beliau terpaksa menarik diri.

Kantemir Balagov merupakan pengarah dari Rusia yang mengarah beberapa filem seperti Beanpole, Closeness dan Molodoy Eschyo. Pada November lepas, HBO telah mengesahkan yang mereka sudah melakukan tempahan untuk musim penuh buat siri tersebut.

Siri ini akan diselia oleh Francesca Orsi (Naib Presiden, Perancangan HBO), Craig Mazin (Chernobyl), Neil Druckmann (Naughty Dogs), Evan Wells (Naughty Dogs), Caraolyn Strauss (Game of Thrones), Asad Qizilbash (PlayStation Production) dan Carter Swan di mana Craig Mazin dan Neil Druckmann akan turut menjadi penulis.

Buat masa ini masih tidak disahkan lagi bila ia akan tiba, tetapi ia akan disiarkan melalui platform HBO termasuk juga HBO Max.

Sohor Kini