Capcom Cup Dan Street Fighter League Dibatalkan Kerana Covid-19

Capcom telah mengumumkan yang dua kejohanan esukan untuk Street Fighter iaitu Capcom Cup dan Street Fighter League World Championship yang sepatutnya berlangsung pada bulan depan telah dibatalkan kerana kes pandemik Covid-19 yang terus meningkat.

Menurut Capcom, walaupun mereka yakin dapat menganjurkan kejohanan tersebut dengan risiko yang kecil kepada pemain, pekerja dan krew akan tetapi mereka menilai semula keadaan semasa yang memperlihatkan peningkatan kes.

Sebagai ganti untuk kejohanan tersebut, mereka akan melakukan sesi dalam talian sebagai peringkat akhir untuk musim ini. Mereka sedang menghubungi pemain yang akan terlibat dan maklumat lanjut akan dikongsi melalui laman: CapcomProTour.com.

Sohor Kini