Skip to main content

Persona 5 Strikers akhirnya akan tiba secara global pada 23 Februari ini untuk PlayStation 4, Switch dan PC, selepas telahpun dikeluarkan di Jepun hampir setahun yang lepas.

Walaupun menggunakan nama Persona 5 akan tetapi Strikers menawarkan bentuk permainan yang berbeza iaitu ia menyerupai permainan jenis warriors ataupun musou, di mana anda akan bertempur dengan ratusan jika tidak ribuan penjahat. Jika anda tidak biasa dengannya, anda boleh tonton video bentuk permainan di bawah.

Di dalam video tersebut, ia juga memperlihatkan watak baharu iaitu Sophia beraksi. Jika anda berminat untuk mengetahui apa yang berlaku selepas permainan Persona 5, permainan ini juga merupakan susulan untuk permainan tersebut.

Leave a Reply