Pada tahun lepas telah dilaporkan yang Legendary Pictures ingin menyiarkan filem Godzilla Vs. Kong melalui platform penstriman berbanding pawagam, Netflix cuba mendapatkannya tetapi telah disekat oleh Warner kerana mereka ingin menyiarkan filem tersebut di HBO Max.
Hari ini tampaknya hajat Warner tersebut tercapai apabila mereka mengumumkan yang Godzilla Vs. Kong akan ditayangkan pada 26 Mac berbanding 21 Mei sebelum ini, dan pada hari yang sama ia juga akan tiba di HBO Max.
Dengan HBO Max masih lagi tidak ditawarkan di Malaysia, kita hanya boleh mengharapkan pawagam dan kita hanya boleh berharap yang pada waktu itu pawagam sudah dibenarkan untuk beroperasi.