Pada tahun 2019, Blizzard telah mengumumkan rekaan antaramuka baharu untuk klien permainan mereka iaitu Battle.net, anda boleh menggunakannya secara beta. Minggu ini, mereka telah mengumumkan yang ia akan dilancarkan secara rasmi.
Kemaskini ini akan dikeluarkan secara berperingkat di mana pengguna di Amerika Utara akan memperolehnya terlebih dahulu diikuti pemain di benua lain pada minggu-minggu hadapan.
Berikut adalah antara perubahan yang disertakan di dalam antaramuka baharu ini;
Pengguna di Malaysia mungkin akan perlu menunggu lebih lama sebelum ia tiba secara rasmi, tetapi anda boleh menggunakan versi beta jika tidak sabar untuk menunggu.