Pelayan Middle-Earth: Shadow of Mordor Ditutup Minggu Ini

Warner Bros mengumumkan pelayan untuk Middle-Earht: Shadow of Mordor telah ditutup pada 12 Januari lepas dan bersama dengannya segala fungsi berkait dengan dalam talian tidak lagi boleh digunakan. Fungsi-fungsi tersebut adalah seperti berikut;

  • The Nemesis Forge
  • Vendetta missions
  • Leaderboard
  • Platform WBPlay

Oleh kerana beberapa trofi ataupun pencapaian berkait dengan sistem dalam talian, anda akan secara automatik mendapatnya jika anda tidak mempunyainya lagi sekarang.

Middle-earth: Shadow of Mordor dikeluarkan pada tahun 2014 untuk PlayStaton 3, PlayStation 4, Xbox 360, Xbox One dan PC.

Sohor Kini