Samurai Shodown Untuk Xbox Series Dilancarkan Pada 16 Mac

SNK telah mengumumkan yang permainan perlawanan mereka Samurai Shodown akan dilancarkan untuk Xbox Series pada 16 Mac 2021. Ia akan ditawarkan secara fizikal dan juga digital. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Melalui versi Xbox Series ini, ia akan menyokong kadar kelancaran sehingga 120fps berbanding 60fps sebelum ini. Jika anda sudah memiliki permainan ini di Xbox One, ia juga menyokong smart delivery oleh itu anda akan mendapat versi Xbox Series ini secara percuma dan segala kemajuan juga akan dibawa.

Samurai Shodown sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Switch, Xbox One dan juga PC melalui Epic Games Store.

Sohor Kini