Pasukan esukan Mobile Legends dari Brazil iaitu DreamMax sepatutnya bertempur ketika kejohanan M2 World Championship yang akan bermula 18 Januari ini di Singapura akan tetapi hajat mereka tampaknya akan terganggu apabila tiga daripada pemain mereka didapati positif Covid-19 semasa di dalam kuarantin wajib.

Sebagai persediaan untuk kejohanan ini, kesemua pemain dari luar negara wajib melalui kuarantin selama 14 hari di Singapura sebagai langkah pencegahan. Sebelum kuarantin tersebut berakhir, pemain perlu melakukan ujian Covid-19 dan salah seorang pemain dari DreamMax telah disahkan positif pada Rabu lepas, hari ini dua lagi pemain didapati positif.

Tiga pemain tersebut adalah Fabio “Waas” Araujo, Mayke “Mayke” Melo, dan Godman “Faker RX” Cabral yang sudah pun di bawah ke hospital.

Walaupun dengan perkembangan terbaru ini, Moonton dilaporkan akan meneruskan kejohanan tersebut, mereka juga mengatakan yang akan menambah kawalan mereka selepas kes ini. Manakala pasukan DreamMax dikatakan cuba untuk mendapat kebenaran untuk bermain secara dalam talian.

Todak merupakan wakil tunggal Malaysia untuk kejohanan M2 World Championship.

Sohor Kini