Pergaduhan di antara Epic Games bersama dengan dua penyedia gedung aplikasi mudah alih terbesar dunia iaitu Apple dan Google yang tidak lagi menawarkan Fortnite telah dibicarakan di mahkamah Amerika Syarikat, di mana tiada keputusan muktamad lagi tetapi Apple dan Google dibenarkan untuk menyah-senarai Fortnite kerana melanggar polisi App Store dan juga Play Store.

Pembicaraan tersebut akan diteruskan iaitu pada bulan Mei 2021 untuk Apple dan kemungkinan bulan Julai 2021 untuk Google selepas mahkamah menolak permintaan Google untuk dibicarakan pada Oktober 2022.

Tidak menunggu untuk keputusan daripada pembicaraan tersebut, Epic Games telah memfailkan perkara yang sama tetapi kali ini di mahkamah anti-monopoli di UK. Epic Games mengatakan yang perkara ini adalah penting untuk berbincang mengenai Apple dan Google telah menyalahgunakan pemegangan pasaran mereka. Epic Games dilaporkan akan memasuki mahkamah pada 21 Januari ini.

Apple pula mengatakan yang mereka sentiasa ingin menyediakan platform yang selamat dan adil untuk semua pembangun. Epic Games sendiri telah menjana berbilion dollar melaluinya, tindakan terbaru oleh mereka iaitu menyertakan pembayaran secara terus di dalam Fortnite adalah perkara yang tidak bertanggungjawab dan sengaja mencipta masalah dan tidak sabar untuk membawa perkara tersebut ke mahkamah di UK.

Sohor Kini