Brawlhalla Menerima Legend Ke-52 – Magyar

Ubisoft hari ini mengumumkan Brawlhalla iaitu permainan perlawanan menerima legend yang ke-52 iaitu Magyar yang merupakan pewira di dalam perisai, beliau menggunakan pedang besar dan tukul untuk menyerang. Video pengumuman boleh ditonton di bawah.

Magyar akan mempunyai serangan yang berbeza mengikut senjata yang digunakan. Setiap gerakan signatures akan berlainan apabila menggunakan pedang ataupun tukul. Magyar boleh ditebus dengan 7200 Gold dan mempunyai tiga kostum berbeza yang setiapnya boleh ditebust dengan 140 Mammoth Coins:

  • Golden Gladiator
  • Phantom of the Armor
  • Pharaoh King

Brawlhalla sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini