EA dan Maxis mengumumkan Pek Barangan baharu untuk The Sims 4 iaitu Paranormal Stuff Pack yang akan tiba pada 28 Januari ini untuk The Sims 4 di semua platform ia tiba. Seperti judul pek ini, ia akan memfokuskan kepada tema paranormal.

Antara yang disertakan adalah lot rumah baharu iaitu “Haunted House” di mana pemain boleh melakukan ritual untuk memanggil hantu iaitu Guidry the Ghost. Hantu tersebut boleh mengajar pemain untuk hidup di rumah yang berhantu. Anda boleh cuba untuk menghalau hantu-hantu di rumah, ataupun membiarkan sahaja. Pemain juga boleh memanggil Bonehilda iaitu pembantu rumah tulang untuk membantu mengurus rumah.

Jika pemain ingin menjadi Ghostbuster di dalam The Sims 4, pemain juga boleh belajar skill ‘Medium’ untuk mendapat lesen menjadi penyiasat paranormal. Dengan memilikinya, pemain boleh bekerja sebagai ‘Ghostbuster’ untuk menyelesaikan masalah hantu penduduk setempat.

Seperti biasa, pek ini juga akan hadir dengan pelbagai barangan perabot, hiasan rumah dan juga pakaian. Pek ini akan dijual dengan harga $9.99 dan anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Sohor Kini