Ubisoft hari ini mengumumkan acara masa terhad Operation Amber Sky untuk Ghost Recon Breakpoint yang merupakan acara rentas siri bersama dengan Rainbow Six Siege. Acara ini akan bermula pada 21 Januari dan anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Operation Amber Sky akan tiba bersama kemaksini 3.10 yang akan tiba bermula pada 19 Januari. Berikut adalah antara yang akan disertakan melaluinya;

  • 9 Misi Baharu – The Ghosts akan membantu pasukan daripada Rainbow Six Siege untuk menghentikan Sentinel daripada menghasilkan toksik Amber Ruin di Auroa dan mencari penawar untuknya. Menyelesaikan misi-misi ini, pemain akan diberikan pelbagai ganjaran.
  • Watak Baharu – Selepas menyelesaikan misi pertama bagi acara ini, pemain boleh menggunakan Operator daripada Rainbow Six Siege iaitu Ash, Finka dan Tatcher. Mereka akan membawa senjata dan kebolehan berdasarkan permainan tersebut.
  • Lebih 120 barangan kosmetik baharu.

Bersempena hadirnya acara ini, Ghost Recon Breakpoint juga boleh dimainkan secara percuma buat sementara waktu bermula pada 21 Januari sehingga 24 Januari di semua platform. Selepas mencubanya dan ingin membeli secara penuh ia juga akan ditawarkan dengan diskaun sehingga 85%.

Tom Clancy’s Ghost Recon Breakpoint sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Stadia, dan PC.

Sohor Kini