Skip to main content

Square Enix dan People Can Fly minggu ini telah berkongsi spesifikasi PC untuk permainan looter shooter mereka Outriders di mana mereka mengatakan yang ia menyasarkan untuk mendapat kadar kelancaran 60FPS secara stabil.

Spesifikasi adalah seperti berikut;

Tetapan Low / 720p / 60FPS

  • CPU: Intel i5 – 3470 / AMD FX-8350
  • GPU: GTX 750TI / Radeon R9 270x
  • RAM: 8GB
  • Storan: 70GB

Tetapan High / 1080p / 60FPS

  • CPU: Intel i7 – 7700 / AMD Ryzen 5 1600
  • GPU: GTX 1060 6GB / Radeon RX 480 8GB
  • RAM: 16GB
  • Storan: 70GB

Terdapat juga tetapan lebih tinggi iaitu Ultra / 2160p / 60FPS akan tetapi buat masa ini mereka masih tidak dapat mengesahkan spesifikasi terbaik untuknya.

Selain itu, mereka juga berkongsi satu video mengenai pelbagai tetapan yang boleh diubah bagi versi video dan juga memperlihatkan sokongan lain seperti bahasa dan juga Steam.

Namun, cara terbaik untuk mengetahui sama ada PC anda boleh bermain dengan baik permainan ini adalah dengan mencuba sendiri dan anda boleh melakukannya apabila demo untuknya tiba pada 25 Februari ini.

Outriders akan dikeluarkan pada 1 April 2021 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Leave a Reply