Activision bermula hari ini telah memberi peluang kepada semua pemain untuk mencuba Call of Duty Black Ops Cold War secara percuma akan tetapi ia terhad kepada mod Zombies sahaja. Tawaran ini adalah sehingga 22 Januari untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.
Melauinya anda boleh mencuba tiga mod yang berkait dengan mod Zombies iaitu;
Die Maschine – Pemain akan memasuki satu makmal di Poland yang mempunyai retakan yang memberi ruang kepada zombies untuk memasuki kawasan tersebut. Ia akan mempunyai beberapa pusingan yang memerlukan anda bersama dengan 3 rakan lagi mengharungi ratusan zombie.
Cranked – Menyertakan sesi permainan yang lebih pantas, jika anda ataupun rakan tidak membunuh zombie dalam jangka masa tertentu, pemain akan mati dengan meletup. Jangka masa tersebut akan menjadi lebih singkat sepanjang sesi permainan.
Onslaught (untuk PlayStation sahaja) – Anda bersama dengan seorang rakan akan bertempur dengan zombie, akan tetapi anda akan terpaksa berada di satu tempat sehingga membunuh sejumlah zombie.
Call of Duty Black Ops Cold War sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan Call Of Duty: Black Ops Cold War (PS5) – Permainan Penembak Yang Baik, Tetapi Tiada Pembaharuan.