505 Games Mengambil-Alih Studio Infinity Plus Two

Digital Bros melalui 505 Games telah mengumumkan pengambil-alihan studio Infinity Plus Two iaitu pembangun untuk Puzzle Quest dan juga Gems of War yang diterbitkan bersama dengan 505 Games. Pengambil-alihan ini dikatakan untuk mengembangkan lagi portfolio 505 Games di dalam permainan percuma untuk dimainkan.

Pengurusan untuk Infinity Plus Two tidak akan berubah akan tetapi Steve Fawkner iaitu pengasas untuk studio tersebut akan diserap masuk sebagai pihak pengurusan di bawah 505 Games.

Infinity Plus Two akan menjadi studio ketiga menyertai 505 Games menyertai DR Studios dan Kunos Simulazioni. Mereka akan bekerjasama untuk membangunkan pelbagai projek yang akan diterbitkan oleh 505 Games kelak.

Sohor Kini