505 Games dan ArtPlay telah mengumumkan yang permainan Bloodstained: Ritual of the Night menerima dua mod tambahan iaitu “Classic Mode” dan “Kingdom Crossover”. Kemaskini untuk menyertakan dua mod sudah tiba secara percuma untuk konsol dan PC.
Classic Mode – Di dalam mod ini, pemain akan memasuki satu kawasan baharu yang mempunyai gaya 8-bit dan hanya boleh menggunakan Sword-whip. Ia akan menyertakan 5 peringkat dan 6 bos termasuk juga Gebel.
Kingdom Crossover – Ia adalah mod rentas permainan iaitu bersama dengan Kingdom: Two Crowns. Di dalam mod ini ia menyertakan stau kawasan baharu yang mempunyai gaya seakan permainan Kingdom. Pemain akan melawan bos dan peralatan baharu.
Bloodstained: Ritual of the Night sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Ia juga telah dikeluarkan untuk iOS dan Android.