Riders Republic Menjadi Permainan Seterusnya Ditunda

Sebelum ini permainan seperti Outriders serta Hogwarts Legacy telah mengumumkan penundaan mereka, ia dikatakan sebagai permulaan untuk lebih banyak permainan yang akan ditunda kerana pandemik Covid-19 masih tidak berakhir.

Minggu ini, giliran Ubisoft pula mengumumkan permainan Riders Republic yang sepatutnya dikeluarkan pada bulan depan telah ditunda tetapi masih lagi sekitar tahun ini. Seperti biasa, mereka mengatakan memerlukan lebih masa untuk membangunkan permainan tersebut.

Riders Republic pertama kali diumumkan pada tahun lepas di mana ia adalah permainan sukan lasak yang menyertakan sukan seperti lumba basikal, luncur salji, wing suit dan pelbagai lagi. Ia juga adalah permainan sosial di mana pemain akan bermain secara dalam talian bersama dengan pemain-pemain lain.

Riders Republic diumumkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC (Uplay, Epic Games Store). Versi PS4 dan Xbox One akan menerima naik taraf percuma.

Sohor Kini