Skip to main content

Tidak cukup dengan Star Wars Battlefront II ditawarkan percuma oleh Epic Games Store, Humble Store pula menawarkan satu permainan percuma untuk pemain di PC iaitu Bomber Crew. Ia ditawarkan sehingga 18 Januari 2021 sahaja.

Bomber Crew walaupun nampak comel, tetapi ia menyertakan bentuk permainan yang mencabar iaitu strategi masa nyata. Anda perlu mengurus satu kapal terbang pengebom ketika perang dunia kedua. Anda boleh memilih krew dan jika terbunuh, krew tersebut tidak lagi akan kembali. Ia dibangunkan oleh Runner Duck dan diterbitkan oleh Curve Digital sejak tahun 2017.

Oleh kerana ia ditawarkan dalam masa singkat sahaja, jangan lupa untuk menebus-nya sekarang melalui pautan ini.

Leave a Reply