Star Wars Battlefront II Percuma Di Epic Games Store

Seperti yang diumumkan pada minggu lepas, Epic Games Store minggu ini menawarkan Star Wars Battlefront II: Celebration Edition sebagai permainan percuma mingguan mereka. Ia boleh ditebus bermula sekarang sehingga 22 Januari 2021.

Star Wars Battlefront II adalah permainan pertempuran menembak yang memfokuskan kepada sesi permainan secara mutli-pemain dalam talian. Namun, ia juga menyertakan kempen penceritaan yang boleh dimainkan secara solo. Celebration Edition yang diberikan melalui tawaran ini menyertakan segala barangan yang sebelum ini perlu dibeli di dalam permainan, termasuk juga kandungan acara The Rise of Skywalker.

Selepas tawaran ini berakhir, ia akan digantikan denga satu permainan iaitu Galactic Civilization III.

Sohor Kini