Pada bulan November tahun lepas, Take-Two telah membuat tawaran sebanyak $970 juta untuk mengambil-alih Codemasters dan dipersetujui oleh lembaga pengarah mereka. Namun, hampir sebulan selepas pengumuman tersebut EA membuat tawaran mereka sendiri yang bernilai $1.2 bilion.

Minggu ini, Take-Two interactive mengatakan yang tawaran awal mereka sudah-pun terbatal kerana pihak Codemasters dan juga Take-Two tidak melakukan sebarang perbincangan mengenai tawaran tersebut sebelum 12 Januari 2021 seperti yang tercatat di tawaran awal.

Take-Two juga telah mengambil keputusan untuk tidak melakukan tawaran baharu dan mengatakan yang mereka merupakan organisasi yang berdisiplin dan mempunyai kewangan yang kukuh danakan terus mencari peluang untuk mengembangkan lagi syarikat mereka.

Sohor Kini