Osaka Darurat, Pembukaan Taman Tema Super Nintendo World Ditunda

Universal Studios Japan telah mengumumkan yang taman tema Super Nintendo World yang sepatutnya dibuka pada 4 Februari 2021, telah ditunda ke satu tarikh yang tidak diumumkan lagi.

Ini adalah selepas, kerajaan tempatan Osaka telah meminta kerajaan Jepun untuk mengumumkan darurat di bandar tersebut kerana peningkatan kes jangkitan Covid-19.

Nintendo dan USJ sebelum ini telah berkongsi lanjut mengenai taman tema tersebut sebagai persediaan untuk pembukaannya. Anda juga boleh tonton video untuknya di bawah.

Sohor Kini